Harry Potter - Golden Snitch
Adsense Indonesia Adsense Indonesia Adsense Indonesia Adsense Indonesia

Rabu, 22 Desember 2010

CINTA MENURUT ISLAM



Menurut Imam Al-Ghazali di dalam bukunya Kimia as-Sa’adah (Rahsaia Kebahagiaan) mendefinisikan cinta sebagai suatu kecenderungan yang membawa kepada perasaan yang menyenangkan. Ia adalah tarikan pemikiran, kesudian dan kecenderungan kepada yang disukai.Ibnu Qayyim Al-Jauziyah pula menanggapi cinta sebagai sesuatu yang suci, tenang, utuh dan mengasyikkan. Beliau juga mendefinisikan cinta sebagai gejolak perasaan yang muncul apabila orang bercinta merasa amat rindu dan terkenang-kenangkan yang dicintainya.Pendapat Ibnu Hazm pula aku rasa yang paling best sekali. Di dalam bukunya yang bertajuk The Ring of the Doves, sebuah epik percintaan yang tulen, menyatakan bahawa realiti percintaan hanya boleh difahami melalui pengalaman peribadi. Menurutnya lagi cinta tidak pernah dinafikan dalam agama, mahupun dalam undang-undang. Kehadirannya diiktiraf oleh seluruh manusia dan Tuhan. Cuma yang menjadi perhitungan adalah pengamal cinta tersebut, adakah berlandaskan hukum Tuhan, atau semata-mata menurut hawa nafsu sahaja. Betulnya cinta terletak pada cara dan perlaksanaannya. Beliau mendefinisikan cinta sebagai kesatuan di antara dua jiwa yang sebelum ini terpisah di alam dunia.
Tambah beliau lagi, cinta adalah penyatuan kepada roh-roh yang terpisah di alam nyata. Ia adalah penyatuan kepada roh-roh yang terpisah di alam nyata. Ia adalah penyatuan yang dipengaruhi oleh unsur-unsur kewujudan yang agung.
Pendapatku tentang definisi CINTA.
Dalam Al-Quran banyak menyebut tentang cinta. Allah s.w.t telah meyeru kepada kita untuk membuktikan cinta kita pada-Nya maka ikutlah segala sunnah Rasulullah s.a.w dan ajaran-ajaran yang disampaikan oleh Kekasih-Nya iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
Firman Allah s.w.t:- Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Ayat 31 : Surah Ali’Imraan)
Bagiku cinta itu sangat luas definisinya dan dalam maksudnya. Tidak dapat diterjemahkan secara literal mahupun istilah semata-mata. Ianya hanya dapat diterjemahkan melalui pengalaman individu itu tersendiri. Cuma di mana hendak kita letakkan batasannya dan cara pengawalannyaMudah sahaja jawapannya, banyakkan berdiskusi dengan pelbagai jenis orang seperti alim ulama, ibu bapa dan juga kawan-kawan yang dah ada pengalaman. Kawan-kawan yang jenis warak sudah pasti berbeza dengan pandangan mereka yang mengambil ringan batasan-batasan yang dibimbing oleh agama. Tapi tidak kira sesiapa pun yang beri pandangan ianya memang sangat-sangat berguna untuk dijadikan pedoman dan sempadan. Cinta bagiku suatu perasaan yang sangat-sangat mendalam, asyik, rindu, resah, gelisah, rasa tanggung jawab, sayang, kasih pada orang yang kita sayangi dan cintai. Zina itu kan luas aplikasinya. Bukan setakat hubungan seks bebas tetapi juga ada zina mata, zina hati dan anggota badan yang lain. Bagiku cinta sebelum kahwin hanyalah untuk Allah s.w.t, Rasul, Ibu Bapa, Ahli Keluarga, diri sendiri dan buku-buku atau ilmu. Hati sentiasa akan gelisah jika tak laksanakan segala apa yang dicintai inginkan.Sayang, kasih dan cinta berbeza darjatnya bagiku. Sayang dan kasih ni hanya bersifat luaran atau surface dan tak sedalam cinta. Sayang ni terlalu umum sifatnya. Bila kita dah mula sayang padanya (wanita itu) ianya hanya sekadar mukadimah kepada cinta yang akan teruji oleh masa dan keadaan.
Sifat-sifat cinta…
Cinta itu sendiri bersifat solid dan utuh. Tidak akan goyah diuji oleh masa dan keadaan. Contohnya:- Macam hubungan cinta antara ibu dan anak. Kalau kita ada masalah atau sakit si ibu pun boleh rasa sakit atau termimpi-mimpi pada kita. Kalau kita teringat pada ibu kita tiba-tiba ibu kita telefon kita. Perasaan cinta ini akan mewujudkan komunikasi cara telepati (hubungan hati atau deria keenam).
Pada pendapatku, bila kita dah mula suka pada seseorang wanita itu, berdoalah banyak-banyak pada Allah s..w.t dan buat solat istiharah supaya dipermudahkan jalan untuk mengenali dirinya dan doa pada Allah supaya rasa suka dan sayang yang mula wujud itu tidak terseleweng oleh tipu daya syaitan. Tapi kalau korang boleh elak untuk rasa suka dan sayang pada wanita bukan muhrim sebelum kahwin itu memang-memang sangat-sangat hebat.
(Bukhari : no. 1772, Muslim : no. 2485)

Jika kita inginkan wanita solehah sebagai pasangan hidup, senang sahaja, kita kena mulakan ubah diri kita ke arah kebaikan terlebih dahulu. Kita dulu kena jadi orang yang soleh.

Penutup
Pada awalnya hendak ulas ringkas sahaja. Tapi dah jadi banyak dan panjang pula. Artikel tentang cinta ini aku tutup dengan Doa Khas untuk mereka-mereka yang sedang berkasih sayang atau pun bercinta…
Ya Allah,… Jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.
Ya Muhaimin,… Jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu
Ya Allah,… Jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar aku tidak terjatuh dalam jurang cinta insane yang tidak menyintai-Mu.
Ya Rabbana,… Jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.
Ya Rabbul Izzati,… Jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.
Ya Allah,… Jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.
Ya Allah,… Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu.
Ya Allah,… Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku bertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.
Ya Allah,… Jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.
Ya Allah…. Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.

Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu….
Amien Ya Robb… Amien Ya Robbal ‘Alamien….

Artikel Terkait :

1 komentar:

Unknown mengatakan...

Habis baca artikel ini hati langsung adem :12:

Posting Komentar

Banner Link Sahabat